fbpx

Dana RM40 juta persediaan penularan Covid-19 di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yakob (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan cemerlang kepada pihak berkuasa tempatan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengeluarkan dana sebanyak RM40 juta daripada peruntukan pembangunan khas negeri sebagai persediaan bagi menghadapi kesan jangka panjang akibat penularan Covid-19.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, langkah tersebut membuktikan kerajaan negeri Kelantan sentiasa berusaha untuk memastikan setiap kebajikan dan kesejahteraan rakyat dapat diberi perhatian sebaik mungkin dalam menghadapi suasana mencabar tersebut.

“Kita semua tahu bahawa negara termasuk negeri ini masih lagi diancam wabak Covid-19. Sudah tentu barisan hadapan banyak membantu dan sangat mencabar.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada petugas hadapan sepanjang mereka menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2021 yang bertemakan Kerjasama Demi Rakyat di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, menurut Ahmad, beliau berharap rakyat Kelantan dapat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekali gus dapat menurunkan bilangan angka harian kes Covid-19.

“Sekiranya tiada keperluan atau urusan penting untuk merentas negeri, diharap jangan berbuat demikian,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI