fbpx

Buka bisnes, bayar hutang tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rata-rata pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melahirkan rasa syukur apabila permohonan pengeluaran mereka dalam Akaun 1 menerusi skim i-Sinar diluluskan.

Menyifatkan keputusan itu sebagai satu berita yang menggembirakan, para pencarum juga tekad menggunakan semua wang diterima untuk membina kehidupan yang lebih baik termasuk membuka perniagaan baharu.

Bagi seorang jurujual, Hasbullah Abdullah, 41, wang simpanan KWSP itu adalah hasil titik peluhnya selama bekerja dan seharusnya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah.

“Saya bersyukur permohonan i-Sinar diluluskan. Saya akan gunakan wang ini untuk membuka pejabat insurans kenderaan.

“Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki pejabat sendiri,” katanya ketika dihubungi­ Kosmo! di sini semalam.

Pengusaha restoran, Mohd. Padhil Ali, 47, berkata, dia akan menggunakan wang yang diterima­ nanti dengan sebaiknya.

Menurutnya, dia juga merancang menggunakan wang tersebut untuk membayar komitmen dan tunggakan hutang dengan pihak bank selepas terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Perlu diakui kehidupan rak­yat agak terkesan sejak pandemik Covid-19 dan banyak komitmen yang tertangguh sebelum ini perlu diselesaikan.

“Terima kasih kepada KWSP kerana meluluskan permohonan ini untuk membantu kami me­ngurangkan bebanan kewangan yang ditanggung,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Norhayati Salleh, 41, pula berkata, dia tidak menyangka permohonannya untuk mengeluarkan wang menerusi akaun 1 KWSP akan diluluskan.

“Duit yang diperoleh nanti akan disimpan sebaiknya supaya tidak membazir kepada perkara-perkara yang tidak diperlukan,” jelasnya.

Bagaimanapun, di sebalik ke­gembiraan itu, ada segelintir pencarum KWSP yang meluahkan rasa sedih susulan permohonan i-Sinar yang dibuat tidak diluluskan.

Pemilik akaun Facebook Zulhafizan Muhd. berkata, KWSP sepatutnya bersimpati de­ngan pencarum yang mengalami masalah kewangan termasuk di­sebabkan banjir ketika ini.

“Kasihan kepada pencarum yang seminggu sebelum gaji, tetapi duit sudah habis. Yang dilanda banjir habis musnah harta­ benda, alatan berniaga pun hanyut. Terputus sumber untuk mencari rezeki,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI