fbpx

Annuar Musa dipecat dari BN?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ucapan Annuar mengenai pemecatannya di WhatsApp yang tular.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dikhabarkan telah dipecat oleh Barisan Nasional (BN) sebagai setiausaha agung gabungan tersebut.

Menurut satu sumber, beliau juga digugurkan sebagai wakil UMNO dalam sekretariat Muafakat Nasional (MN).

Jelas sumber tersebut lagi, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan akan menggantikan Annuar sebagai Setiausaha Agung BN.

Semalam, Annuar berkata beliau sanggup dipecat dalam memperjuangkan kerjasama antara parti Melayu dan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Berita lanjut akan menyusul. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI