KULAI – Seorang penunggang motosikal lelaki maut ketika mengelak sebuah basikal yang melintas sebelum merempuh sebuah kereta di Jalan Seelong 6, Kampung Baru Seelong, Senai di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 7.47 pagi, Yong Joon Kee, 39, melanggar bahagian sisi kanan sebuah kereta Proton Saga dari arah bertentangan.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khidir Kamarudin berkata, seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dibantu Fire Post Kempas dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya, sebuah jentera Light Fire Rescue Team (LFRT) dan satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) turut dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Pemeriksaan mendapati lelaki yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Z250 itu sudah meninggal dunia di tempat kejadian. Ini disahkan pasukan paramedik yang hadir di lokasi kejadian.
“Sementara pemandu kereta berkenaan terselamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Operasi tersebut tamat pada pukul 8.51 pagi. – K! ONLINE