PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memandu kenderaan pacuan empat roda (4WD) bagi meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hari ini.
Laman Facebook Istana Negara memaklumkan, baginda berkenan memandu sendiri kenderaan jenis Toyota Hilux tersebut semasa mahu mengadakan lawatan mengejut ke daerah Maran, Pahang.
“Baginda ke daerah Maran bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara sekitar Maran.
“Turut berangkat Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah,” kata laman Facebook tersebut. – K! ONLINE