fbpx

Agong beri sumbangan pemandu lori terkandas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Abdullah (tengah) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pemandu lori di Plaza Tol Plaza Tol Karak LPT hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas akibat banjir di Plaza Tol Karak Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hari ini.

Laman Facebook Istana Negara memaklumkan, baginda ketika itu dalam perjalanan menuju ke Maran, Pahang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir.

“Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkesempatan berhenti menuruni kenderaan rasmi baginda untuk menyampaikan sumbangan kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas,” kata laman Facebook tersebut.

Sementara itu, Istana Negara dalam satu kenyataan media memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan mengadakan melawat mengejut kepada mangsa-mangsa banjir hari ini.

Menurut Istana Negara, baginda melawat mangsa banjir yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran, Surau Kampung Jara, Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul dan Masjid As Syakirin.

Kata Istana Negara, baginda turut berkenan meluangkan masa menyantuni mangsa banjir yang berada di PPS tersebut dan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Baginda mengajak seluruh rakyat bersama Baginda mendoakan bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda,” kata kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI