fbpx

5,485 mangsa banjir di Johor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa penduduk menyusun benteng pasir untuk mengelakkan air banjir memasuki sebuah premis perbankan di Kota Tinggi, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Setakat pukul 8 pagi hari ini, seramai 5,485 mangsa banjir daripada 1,408 buah keluarga masih ditempatkan di 56 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, banjir di negeri ini telah menjejaskan tujuh daerah.

Jelasnya, daerah tersebut adalah Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Batu Pahat, Pontian dan Segamat.

“Semalam turut menyaksikan pertambahan seorang mangsa maut akibat banjir, menjadikan keseluruhan tiga mangsa maut di negeri ini.

“Sementara itu, keperluan asas khususnya makanan kepada mangsa banjir yang ditempatkan di 56 PPS seluruh negeri disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, masyarakat juga diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ekoran negara masih dibelenggu pandemik Covid-19 ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI