PETALING JAYA – Kira-kira 26.3 juta pengguna telah memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera sejak ia mula di lancarkan pada tahun lalu.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi premis perniagaan pula, lebih 1.4 juta premis perniagaan telah mendaftar dengan aplikasi ini.
Katanya, semalam sahaja seramai 44,607 pengguna telah memuat turun aplikasi ini manakala 19 jut 19,049,731 telah menggunakan aplikasi ini bagi tujuan merekod daftar masuk.
“Kerajaan sebelum ini telah mewajibkan premis perniagaan di seluruh negara menggunakan aplikasi MySejahtera serta menggalakkan rakyat untuk memuat turun dan mengaktifkan aplikasi tersebut.
“Bagi kawasan yang tiada liputan internet, mereka bagaimanapun boleh merekod butiran diri secara manual,”katanya di sini hari ini.
Tambah Ismail Sabri, orang ramai dinasihatkan untuk memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kes Covid-19. – K! ONLINE