fbpx

189 Bahagian UMNO selesai bersidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA – Sebanyak 189 Bahagian UMNO di seluruh negara termasuk sayap Pemuda, Wanita, dan Puteri telah berjaya menyelesaikan mesyuarat perwakilan masing-masing sebagaimana tuntutan Perlembagaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hanya dua bahagian tidak bersidang iaitu Bahagian Tanah Merah yang digantung dan serta Tuaran bersidang minggu ini.

Beliau berkata, selepas persidangan bahagian, lazimnya konvensyen di peringkat negeri dan kebangsaan akan menyusul bagi memperhalusi setiap usul yang kemudiannya dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO.

“Memandangkan keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan, pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian dijadikan alternatif kepada konvensyen.

“Pertemuan itu juga adalah amalan lazim untuk kepimpinan tertinggi mendengar dan memperhalusi suara akar umbi,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Ahmad, suara akar umbi itu kemudiannya akan dibawa secara rasmi ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO untuk dibahas dan diputuskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI