fbpx

PKPD di Kota Belud, Sabah bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas sidang khas hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan tersebut.

“Sehingga 31 Disember 2020, KKM telah melaksanakan 207 saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 24 kes positif telah direkodkan.

“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, Sidang Khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah bermula 5 Januari sehingga 18 Januari 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan PKPD itu bagi memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan lapangan dijalankan serta bagi menyekat penularan jangkitan Covid-19 di dalam komuniti setempat.

Dalam pada itu Ismail Sabri memaklumkan, sidang khas hari ini turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di Pusat Koreksional Jasin dan Kuarters Kakitangan pada hari ini seperti yang dijadualkan.

“Sehingga kini, KKM telah selesai melaksanakan 737 ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 281 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan pelaporan harian kes aktif di pusat tahanan ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel menunggu keputusan,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI