fbpx

Paras Empangan Kenyir masih normal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Adam menunjukkan alur limpah di Empangan Jana Elektrik Sultan Mahmud dekat Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Paras air Tasik Kenyir dekat sini sedikit meningkat sehingga melimpahi sebahagian kawasan Jeti Pengkalan Gawi di sini sejak malam tadi.

Peningkatan air tasik terbesar di Asia Terenggara berkenaan pada paras 142.63 meter itu disebabkan hujan lebat sejak semalam.

Ketua Sekteriat Pengurusan Banjir Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata,
orang ramai termasuk penduduk setempat tidak perlu bimbang kerana paras air Tasik Kenyir termasuk Empangan Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud dekat sini berkenaan masih normal dan terkawal.

“Setakat ini masih belum ada air dari empangan yang melimpah keluar kerana paras limpahan ialah 145 meter manakala paras amaran pula 150 meter.

“Kali terakhir paras air empangan mencapai paras limpahan ialah pada tahun 2017,” katanya ketika melakukan pemantauan di Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, Che Adam menasihatkan masyarakat agar tidak terpengaruh atau menularkan informasi tidak tepat tentang peningkatan paras air Tasik Kenyir ini.

Jelas beliau, Tasik Kenyir dan tiga empangan yang terdapat di dalam kawasannya sebenarnya turut berfungsi sebagai tebatan banjir. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI