fbpx

Padah bela burung Bayan Puling, Nuri tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditahan Perhilitan Johor selepas memiliki spesies burung dilindungi tanpa lesen di rumahnya di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, hari ini.

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki memelihara 18 ekor burung spesies dilindungi tanpa lesen membawa padah apabila ditahan Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini.

Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan pada pukul 5.17 petang di rumahnya di Taman Nusa Damai, Pasir Gudang di sini.

Pengarah Perhilitan Johor, Salman Saaban berkata, semasa anggota pasukan penguatkuasa melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan, lelaki terbabit gagal mengemukan dokumen yang sah.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 16 ekor burung jenis Bayan Nuri dan masing-masing seekor Bayan Puling dan Dendang Selayang bernilai kira-kira RM7,850.

“Semasa pemeriksaan lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah daripada Jabatan Perhilitan bagi menyimpan hidupan liar,”katanya.

Salman berkata, ketiga-tiga spesies burung tersebut adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Jelasnya, kesemua burung dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 68 dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI