fbpx

Nenek ditipu menangis di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Hawa tidak dapat menahan kesedihan selepas menyedari dirinya ditipu. - INSTAGRAM

JAKARTA – Wanita warga emas tidak dapat menahan kesedihan selepas ditipu seorang lelaki yang memberinya wang palsu dalam satu kejadian di Kabupaten Dompu, Nusa Tenggara Barat Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Tribun News.

Seorang lelaki, Fitriyani Susanti yang menemui warga emas tersebut, Siti Hawa, 80, di sebuah persimpangan jalan berkata, wanita itu ditipu individu yang berjanji ingin memberinya sekampit beras.

“Orang yang menipu nenek ini berjanji hendak memberinya beras sebelum menyuruh dia membonceng motosikal bersamanya.

“Bagaimanapun, apabila tiba di satu persimpangan jalan, nenek Siti Hawa diturunkan sebelum kesemua wangnya diambil dan digantikan dengan wang palsu,” katanya.

Fitriyani berkata, setelah menyedari dirinya ditipu, Siti Hawa lantas menangis teresak-esak di persimpangan jalan berkenaan.

“Beberapa pengguna jalan raya yang bersimpati dengan nasib nenek ini terus menghulurkan sedikit wang bagi menggantikan duitnya yang ditipu tadi.

“Selepas menemui nenek ini, saya terus membawanya pulang ke rumahnya yang terletak di Mangge Maci, Kelurahan Simpasai Kecamatan Woja, Kabupaten Dompu,” ujarnya.

Tambah Fitriyani, Siti Hawa tinggal sendirian selepas kematian suami 24 tahun lalu.

“Nenek ini mempunyai anak lelaki yang sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarganya sendiri tidak jauh dari rumah nenek ini.

“Saya mendoakan semoga nenek ini diberikan kesihatan yang baik dan panjang umur,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI