JIKA diberi pilihan sama ada mahu mencium Harry Styles atau Justin Bieber, penyanyi Miley Cyrus berkata, dia tidak akan sesekali mencium Bieber dan memilih untuk melakukan aksi tersebut dengan anggota One Direction iaitu Styles.
Menurut laporan Hollywoodlife, bekas isteri kepada aktor Liam Hemsworth itu berkata, dia tidak pernah terfikir untuk melakukan aksi mesra tersebut dengan Bieber kerana mereka berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain.
“Aku sudah menganggap dia (Bieber) seperti keluarga sendiri,” kata Cyrus.
Selain itu, Cyrus juga berkata, dia akan memilih Styles yang kelihatan menarik pada matanya selain menyifatkan lelaki itu lebih serasi memandangkan mereka mempunyai minat yang sama dalam bidang fesyen.
“Styles kelihatan sangat menarik dan kami mempunyai minat yang sama dalam berfesyen,” ujar penyanyi lagu Wrecking Ball itu.