fbpx

Mahkamah Britain sekat ekstradisi Julian Assange ke AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYOKONG Assange meraikan keputusan hakim di luar mahkamah Old Bailey di tengah London hari ini. - AFP

LONDON – Seorang hakim Britain memutuskan hari ini bahawa pengasas WikiLeaks, Julian Assange tidak boleh diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk berdepan dakwaan mengintip kerana menyiarkan dokumen sulit secara online dan memutuskan bahawa dia berisiko membunuh diri.

Hakim Daerah, Vanessa Baraitser berkata, ekstradisi Assange adalah ‘penindasan disebabkan kemudaratan mental dan saya memerintahkan dia dibebaskan’

Katanya, jika Assange ditahan di AS, dia berdepan penahanan ketat yang dilakukan untuk memisahkan hubungan fizikal dan mengurangkan interaksi sosial dengan dunia luar ke tahap paling minimum.

“Dia berdepan prospek ini sebagaai seseorang yang disahkan secara klinikal mengalami kemurungan dan cenderung untuk membunuh diri,” kata hakim tersebut dalam keputusannya.

“Saya berpuas hati bahawa risiko Assange membunuh diri adalah besar,” katanya.

Pengasas WikiLeaks berusia 49 tahun itu akan berada dalam tahanan sementara menunggu permohonan ikat jamin yang dijadualkan lewat hari ini.

Assange mengelap dahinya ketika keputusan tersebut dibacakan manakala tunangnya, Stella Moris tidak dapat menahan air matanya. Dia ditenangkan oleh ketua pengarang WikiLeaks, Kristinn Hrafnsson.

Sementara itu, penyokong Assange yang berkumpul di luar mahkamah Old Bailey di pusat bandar London bersorak mendengar keputusan tersebut dan menjerit ‘Bebaskan Assange’.

Bagaimanapun, pendakwa raya Britain dan AS masih boleh merayu keputusan tesebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI