fbpx

Lelaki mati ketika beriadah di Taman Belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang pendaki dibawa turun menggunakan pengusung di Taman Belia, George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika beriadah dengan mendaki kawasan berbukit di Taman Belia, Tanjung Tokong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi itu, mangsa, Wong Kai Lee, 62, disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Pegawai operasi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Wan Chik Ariffin Mohd. Ismail berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Setelah pihak KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia, bomba membantu membawa turun mayat menggunakan alat pengusung sebelum diserahkan kepada polis.

“Kita mengambil masa kira-kira dua jam bagi membawa turun mangsa sejauh kira-kira 500 meter melaui kawasan denai yang curam dan laluan sempit itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan oleh lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI