fbpx

Lelaki jadi ‘anggota marin’ untuk buru janda kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang suspek (tengah) diapit dua anggota TNI AL di Komando Pos Palabuhanratu, Sukabumi di Jawa Barat pada Jumaat lalu. – Kompas

JAKARTA – Seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota ­Angkatan Laut Tentera Nasional ­Indonesia (TNI AL) telah ditahan di bandar Sukabumi, Jawa Barat baru-baru ini.

Suspek cuma dikenali sebagai S berumur 40 tahun dari Kalibaru,­ Clincing di Jakarta Utara.­ Dia ditahan di rumah isteri di Kampung Cisitu, Kecamatan Ciemas di Sukabumi.

Serbuan dilakukan oleh satu pasukan gabungan anggota Ang­katan Laut dan Komando Tentera Daerah 0622 selepas mene­rima maklumat mengenai satu perbuatan mencurigakan, lapor portal ­Kompas.com kelmarin.

Penduduk setempat berasa­ curiga dengan suspek yang tidak kelihatan seperti seorang ­anggota kor Angkatan Laut dan membuat laporan kepada TNI.

Suspek ditahan dan dibawa ke markas Komando Pos (Posal) TNI AL di Bandar Palabuhanratu untuk disoal siasat.

Pelaksana Tugas Komandan Posal Pabuhanratu, Timbalan Leftenan Satu Ede Ayi Jalaludin berkata, S telah membuat penya­maran sejak tahun 2016 untuk menipu wanita.

“Motif suspek ialah mencari jodoh janda kaya dan kemudian bernikah untuk menjadikan ­dirinya kaya,” katanya.

Melalui penyamaran itu, S ­sudah berjaya berkahwin de­ngan seorang wanita di Sukabumi yang dikenali sebagai SM, pada 7 ­November 2020.

Suspek turut memalsukan beberapa dokumen termasuk surat pengesahan anggota Angkatan Laut untuk menyakinkan mang­sa dan berkahwin secara sah di Pejabat Hal Ehwal Agama ­Kecamatan Ciemas.

“Dia kemudian bawa dokumen palsu, berkahwin dan menerima surat nikah sah dari Pejabat Hal Ehwal Agama. Ini bermaksud dia telah memalsukan dokumen kepada pejabat agama,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas pakaian seragam TNI AL, pistol angin (airsoft) dan dokumen palsu selepas S mengaku membuat penyamaran.

Dia membeli pakaian tentera itu di Pasar Senin Jakarta pada harga 800,000 rupiah (RM226) pada Julai lalu, manakala pistol angin rosak tanpa peluru itu dibeli­ daripada rakan dengan bayaran 200,000 rupiah (RM56). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI