fbpx

Harris Annuar positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harris Annuar dan keluarga.

PETALING JAYA – Pelakon Harris Anuar dilaporkan positif Covid-19 selepas beberapa hari pulang bercuti di Pulau Langkawi.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Harris atau nama sebenarnya, Mohammad Harris Shahrul Annuar, 28, disahkan dijangkiti virus tersebut selepas menjalani fasa pertama ujian saringan Covid-19 di sebuah klinik di Shah Alam, Selangor semalam.

Menurut Harris yang popular menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan itu, dia akan membuat saringan kedua pada hari ini dan menjalani kuarantin di rumah selain menyaran kontak rapat yang bertemu dengan dirinya bagi melakukan perkara sama.

 

Status yang dimuat naik Harris.

“Siapa-siapa yang kontak rapat dengan saya selama dua minggu yang terakhir boleh menjalani ujian Covid-19 di klinik berdekatan.

“Setakat ni saya masih menunggu panggilan rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” tulis sepupu kepada Neelofa itu dalam Instagramnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengkikut mendoakan bekas peserta Hero Remaja 2017/2018 itu dipermudahkan segala urusan dan kembali sembuh daripada jangkitan Covid-19 berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI