fbpx

Cik B, Kacak takut jumpa bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Vida(tengah) bergambar bersama Cik B (kiri) dan Kacak selepas prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini. Foto : ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Anak lelaki kepada Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, Muhammad Eric Zaquan, 14, mengakui takut untuk bertemu dengan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Amin Yasin,42.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kacak mengakui masih memerlukan masa yang secukupnya sebelum bertemu ayahnya.

“Pengalaman ketika bersama satu masa dahulu membuatkan saya takut untuk bertemunya.

“Jadi perkara itu masih melekat dalam fikiran saya,” katanya pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menolak permohonan Mohd. Amin untuk mendapatkan hak hadhanah untuk melawat, bermesra dan bermalam bersama dua anak-anaknya.

Dalam prosiding itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric menghubungi bapa mereka sekurang-kurang sebulan sekali.

Sementara itu, Cik B ketika ditemui pemberita berkata, dia sudah bersedia untuk menghubungi ayahnya itu seperti yang diputuskan oleh mahkamah.

“Mama, tidak pernah memaksa kami dalam membuat keputusan. Dia amat memberikan sokongan dalam membuat keputusan mengikut naluri kami,” katanya yang lega apabila perbicaraan pada hari ini berjalan lancar.

Bapa kandung dua beradik itu, Mohd. Amin turut akur dengan keputusan mahkamah dan akan mengemukakan rayuan sekiranya kedua-dua anaknya itu tidak mengikut perintah mahkamah dengan menghubunginya pada masa akan datang. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI