fbpx

Bisa Heung-min semakin menyengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kanan) meledak jaringan ke-100 bersama Spurs ketika menyumbang satu gol menewaskan Leeds 3-0 awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min meledak gol ke-100 bersama pasukan itu selepas menjaringkan satu gol ketika menewaskan Leeds United 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur malam kelmarin.

Gandingan Heung-min dan Harry Kane mencipta sejarah tersendiri apabila merekodkan 13 jaringan musim ini menerusi kombinasi mereka berdua, me­nyamai pencapaian Alan Shearer dan Chris Sutton di Blackburn Rovers pada musim 1994/95.

Meskipun sudah mencatat rekod peribadi mengagumkan, namun Heung-min tetap merendah diri apabila menganggap pencapaian itu tidak boleh dilakukan tanpa bantuan rakan sepasukan.

“Saya sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya rekodkan pencapaian seperti ini. Terima kasih kepada rakan sepasukan yang banyak membantu saya.

“Pencapaian seperti ini bukanlah berpunca daripada saya seorang tetapi untuk jaringkan 100 gol bersama pasukan adalah sesuatu yang sangat hebat,” kata pemain antarabangsa Korea ­Selatan itu.

Pada masa sama, dia juga mengakui kecewa kerana tidak melakukan umpanan gol kepada Kane pada perlawanan tersebut biarpun pemain antarabangsa England itu membuka tirai jari­ngan menerusi sepakan penalti.

“Sudah enam tahun kami bermain bersama dan sentiasa bekerja keras. Agak sedih kerana tidak dapat melakukan umpanan gol kepadanya hari ini (kelmarin). Hantaran yang dia lakukan untuk saya sangat sempurna,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI