fbpx

Bekas suami Vida gagal hak hadanah bertemu Cik B, Kacak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Vida(tengah) bergambar bersama Cik B (kiri) dan Kacak selepas prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu hari ini. Foto oleh ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bekas suami kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida gagal mendapatkan hak hadanah untuk bertemu dengan dua anaknya.

Dalam prosiding itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak menghubungi bapa mereka, Mohd. Amin Yasin sekurang-kurang sebulan sekali.

Abu Bakar berkata, ia bertujuan mengelakkan ikatan silarutahim antara anak dengan bapa terputus.

“Mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

“Ibu (Datuk Seri Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya

Dalam prosiding itu, Datuk Seri Vida diwakili peguam Nurul Shuhada Ab. Aziz manakala Mohd. Amin diwakili oleh peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Selain Cik B dan Kacak, Mohd. Amin yang berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill di sini pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah bercerai dengan Dr. Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Datuk Seri Vida ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur dan lega diatas keputusan tersebut.

Katanya, beliau tidak pernah menghalang dua cahaya matanya itu untuk bertemu dengan bapa mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI