fbpx

Bekas pelakon James Bond, Tanya Roberts meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tanya Roberts masih hidup namun berada dalam keadaan kritikal. - BBC

LOS ANGELES – Bintang Hollywood yang terkenal menerusi lakonannya dalam filem James Bond, Tanya Roberts meninggal dunia pada usia 65 tahun di Los Angeles, California, Amerika Syarikat hari ini.

Ejen Roberts, Mike Pingel berkata, pelakon itu dimasukkan ke hospital pada 24 Disember lalu selepas rebah dan tidak sedarkan diri ketika membawa anjing peliharaannya bersiar-siar.

Bagaimanapun, Pingel tidak mendedahkan punca kematian pelakon itu dan difahamkan mendiang tidak mengalami sebarang penyakit yang menyebabkan kematiannya.

“Saya sangat sedih dengan pemergian beliau. Dia seorang pelakon yang bijak dan menawan. Saya rasa seperti sebutir permata telah hilang daripada industri seni.

“Roberts merupakan seorang yang paling baik pernah saya jumpa. Beliau sangat menyayangi peminatnya dan saya tidak fikir beliau tahu betapa bermakna dirinya kepada peminatnya,” katanya kepada laman berita The Hollywood Reporter.

Roberts terkenal dengan watak sebagai ahli geologi, Stacey Sutton dalam filem James Bond, A View to a Kill pada tahun 1985 yang digandingkan bersama mendiang pelakon Roger Moore.

Selain itu, Roberts pernah membintangi sebuah filem fantasi, The Beastmaster selain Sheena: Queen of the Jungle dengan memegang watak sebagai gadis yang tinggal di dalam hutan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI