fbpx

Bekas majikan enggan jadi rakan Facebook diugut bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BURCZYK mengugut bunuh bekas majikannya selepas permintaan menjadi rakan Facebook tidak diendahkan. – DAILY STAR

BISMARCK, DAKOTA UTARA – Seorang lelaki membuat ugutan mahu bunuh bekas majikannya hanya kerana permintaan­nya untuk jadi ­rakan di Facebook ditolak mangsa.

Akhbar Daily Star baru-baru ini melaporkan insiden itu berlaku di bandar Williston, negeri Dakota Utara.

Suspek, Caleb Burczyk ber­umur 29 tahun dikatakan menghantar permohonan untuk menjadi rakan di Facebook bekas majikan­nya pada malam sebelum Hari Krismas.

Burczyk didakwa menjadi berang apabila dia tidak mene­rima sebarang jawapan berhubung permohonan melalui media sosial.

Akhbar tempatan, Williston Herald melaporkan Burczyk kemudian menghantar pesanan berbaur ugutan kepada bekas majikan untuk menarik perhatiannya.

Laporan itu mendakwa, antara pesanan yang dihantar termasuk ugutan mahu bunuh lelaki tersebut.

“Terima permintaan saya untuk menjadi rakan di Facebook atau saya akan bunuh kamu,” tulis Burczyk dalam pesanan yang dihantar melalui Facebook.

Bagaimanapun, Burczyk ­ti­dak menerima apa-apa maklum balas daripada bekas majikannya.

Selepas dua hari, Burczyk dipercayai menghantar lagi mesej yang menyatakan jika mangsa masih berdiam diri, dia akan berkunjung ke kediaman bekas majikan itu.

Burczyk kemudian ke rumah mangsa dan menendang pintu depan kediaman tersebut hingga tertanggal.

Jurucakap polis berkata, suspek dikatakan merakam sekeping gambar menunjukkan dirinya di depan rumah mangsa dan memuat naik ke aplikasi Snapchat.

Dia juga memuat keterangan nada gurauan bahawa bekas majikannya perlu memasang pintu baharu.

“Burczyk ditahan atas dakwaan pecah masuk kediaman serta mendatangkan kekacauan. Dia akan dihadapkan ke mahkamah pada 27 Januari ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI