fbpx

Beberapa laluan di LPT1 dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua lorong di kilometer (KM) 198.7 (Srijaya ke Gambang) menghala ke arah Kuantan telah dibuka semula manakala bagi jalan menghala ke Kuala Lumpur, hanya lorong kanan boleh dilalui.

PETALING JAYA – Beberapa laluan di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) kini dibuka semula selepas ditutup sebelum ini akibat banjir yang mengakibatkan ramai pengguna jalan raya terkandas sejak pagi tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi satu kenyataan berkata, semua lorong di kilometer (KM) 198.7 (Srijaya ke Gambang) menghala ke arah Kuantan telah dibuka semula manakala bagi jalan menghala ke Kuala Lumpur, hanya lorong kanan boleh dilalui.

“Di KM 113.3, Sungai Jentar (Lanchang ke Temerloh) menghala ke Kuantan hanya lorong kanan boleh dilalui bagaimanapun jalan menghala ke Kuala Lumpur telah dibuka kecuali lorong kecemasan.

“Bagi KM 84.6 di Sungai Kelau (Karak ke Lanchang) pula, kedua-dua hala ke arah Kuantan juga Kuala Lumpur masih lagi ditutup kepada lalu lintas,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, pihak LLM telah menyenaraikan beberapa laluan alternatif yang boleh digunakan untuk perjalanan menuju ke Kuala Lumpur bagaimanapun laluan berkenaan juga telah dinaiki air.

“Laluan alternatif yang masih boleh dilalui adalah susur keluar 816 Persimpangan Lanchang (Plaza Tol Lanchang – Bukit Damar – Mempaga – Labu – Lurah Bilut – Bentong – Kuala Lumpur-Karak) untuk perjalanan menuju ke Kuala Lumpur,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI