fbpx

Bahana menyelit, lelaki maut digilis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang mengeluarkan seorang penunggang motosikal yang tersepit di bahagian belakang treler selepas digilis treler sama di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang, semalam.

KLANG – Tindakan seorang penunggang motosikal ‘menyelit’ antara dua kenderaan mengundang padah apabila maut digilis treler dalam kejadian di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di sini semalam.

Mangsa, Mohd Azwan Fitri Pinggoi, 22, dari Sandakan, Sabah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dalam kejadian pukul 11. 15 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa daripada arah belakang cuba melalui laluan antara sebuah kereta dan treler.

Katanya, bagaimanapun motosikal mangsa telah bergesel belakang kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun sebelum tercampak ke hadapan jalan raya.

“Sebuah treler dipandu lelaki berusia 38 tahun kemudiannya mengilis mangsa dengan mangsa kemudiannya tersepit di bahagian belakang treler itu.

“Mangsa kemudiannya berjaya dibawa keluar dengan bantuan bomba dalam operasi hampir sejam itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI