fbpx

Amaran cuaca peringkat jingga, kuning di lima negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk peringkat jingga dan waspada peringkat kuning di lima buah negeri hari ini.

MetMalaysia menerusi laman Twitternya memaklumkan, cuaca buruk akan berlaku di Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Mersing).

“Ketiga-tiga negeri itu dijangka akan dilanda hujan lebat yang berterusan sehingga esok.

“Sementara itu, bagi amaran peringkat kuning di mana hujan lebat dijangka berlaku sehingga Selasa, ia membabitkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah,” katanya di sini hari ini.

Amaran tersebut termasuk di seluruh negeri Kelantan, manakala di Terengganu daerah terlibat ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

“Di Pahang pula, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera. Manakala di Johor, daerah Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Sandakan, Sabah seperti Telupid, Kinabatangan, dan Beluran serta daerah Kudat,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI