fbpx

615 mangsa banjir ditempatkan di 11 PPS di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung SC Ayer Hitam, Teluk Intan petang semalam.

IPOH – Hujan berterusan sejak pagi semalam menjejaskan beberapa kawasan terutamanya di daerah Hilir Perak sehingga menyebabkan seramai 615 orang penduduk daripada 161 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) sejak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, sehingga pukul 7.30 pagi ini, seramai 456 penduduk sekitar Slim River ditempatkan di tujuh PPS dengan sebahagian daripada mereka diselamatkan anggota bomba dengan menggunakan bot.

“Antara PPS yang dibuka di Slim River adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun melibatkan 171 mangsa banjir; Pejabat Kemas Kampung Balun (100); Sekolah Agama Slim Village (45) dan Dewan Slim Village (42).

“Selain itu, PPS Dewan Kampung Pasir pula menempatkan 38 mangsa diikuti Surau An-Nur Hidayah Kampung Sungai Muda (32) dan Dewan Kampung Pasir melibatkan 28 orang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, di Teluk Intan, seramai 85 penduduk dipindahkan ke PPS Majlis Perbandaran Teluk Intan melibatkan dua lokasi yang dinaiki air iaitu di Kampung SC Ayer Hitam dan Kampung Tengah Ayer Hitam.

“Seramai 53 penduduk Kampung Batu 20 dan Kampung Pasir Kuala Dipang di Kampar ditempatkan di dua PPS iaitu di Dewan Batu 20 dan Dewan Dato Azman Mahalan.

“Di Tanjung Malim, seramai 21 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Pauh,” katanya.  K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI