fbpx

30 penduduk hilang tempat tinggal, tujuh rumah serta kedai runcit musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kira-kira 30 penduduk hilang tempat tinggal ekoran kebakaran membabitkan tujuh rumah dan sebuah kedai runcit di Kampung Tebobon Bukit awal pagi tadi.

KOTA KINABALU – Kira-kira 30 penduduk hilang tempat tinggal ekoran kebakaran membabitkan tujuh rumah dan sebuah kedai runcit di Kampung Tebobon Bukit awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian pukul 2.20 pagi itu.

Kebakaran difahamkan bermula dari sebuah kedai runcit sebelum merebak ke kediaman yang terletak berhampiran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.27 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian beberapa minit kemudian, api sudah merebak dan membakar beberapa buah rumah.

“Kita terus melaksanakan operasi memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada pukul 4.36 pagi.

“Secara keseluruhannya, kebakaran memusnahkan tujuh rumah dan sebuah kedai runcit,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Agustavia Joe berkata, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.03 pagi.

Sementara itu, beliau berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta jumlah kerugian. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI