PUTRAJAYA – Sebanyak 1,741 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 120,818 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,010 kes dan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 98,228 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak lapan kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 1,733 kes adalah penularan tempatan.
” Terdapat tujuh lagi kes kematian Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Malaysia sebanyak 501 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya, terdapat 122 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 53 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE