fbpx

1,010 penduduk terjejas banjir di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu kakitangan Klinik Kesihatan Chikus, Hilir Perak mengalihkan fail dan peralatan rawatan hari ini.

IPOH – Keadaan banjir di Perak bertambah buruk dengan daerah Slim paling terkesan apabila 458 penduduk daripada 109 keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) susulan rumah mereka dinaiki air sejak petang semalam.

Jumlah tersebut direkodkan setakat pukul empat petang hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, tiga buah kampung terlibat dengan Kampung Balun merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 293 orang manakala Kampung Slim Village dan Kampung Kuala Slim dengan 87 dan 78 penduduk.

Katanya, empat buah PPS dibuka sejak semalam iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Balun, SK Kuala Slim, Sekolah Agama Slim Village dan Pejabat Kemas.

“Banjir yang melanda empat daerah itu mengakibatkan 1,010 penduduk terjejas di mana Slim merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, di daerah Kampar, tiga buah kampung terjejas melibatkan 60 penduduk iaitu di Kampung Batu 20, Kampung Jeram dan Kampung Singh, Gopeng.

Katanya, kesemua mereka dipindahkan di tiga PPS yang dibuka di Dewan Serbaguna Kampung Batu 20, Dewan Serbaguna Datuk Azman Mahalan, Kuala Dipang dan Dewan Bandaran Gopeng.

“Di Hilir Perak pula, seramai 442 penduduk terlibat banjir melibatkan 12 buah kampung dengan lima PPS dibuka di Dewan Tanjung Keramat, Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Dewan MPTI Langkap, Dewan Serbaguna Chikus dan SK Sri Langkap.

“Daerah Sungai Siput turut terjejas membabitkan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tok Sirat apabila seramai 51 penduduk ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Tok Sirat,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI