fbpx

100 klinik swasta P.Pinang sedia bantu KKM beri vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jagdeep (depan dua dari kiri) menyerahkan pelitup muka kepada pengunjung Pasar Chowrasta, Geogre Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sebanyak 100 buah klinik swasta di Pulau Pinang bersedia menawarkan perkhidmatan secara percuma untuk membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam proses pemberian vaksin Covid-19 kepada rakyat negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa, Jagdeep Singh Deo berkata, perkara itu merupakan hasil perbincangan antara kerajaan negeri dan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Pulau Pinang (PMPS).

Katanya, usaha berkenaan adalah persediaan awal kerajaan negeri bagi memastikan proses pemberian vaksin Covid-19 oleh KKM kepada rakyat negeri ini berjalan lancar.

“Penduduk di negeri ini warga tempatan sahaja adalah sekitar 1.8 juta, bayangkan jika jumlah ini yang mahu mengambil vaksin Covid-19.

“Jadi sebagai langkah persediaan, 100 klinik swasta yang menjadi ahli PMPS bersedia membantu KKM dengan menawarkan kepakaran mereka secara percuma untuk proses vaksinasi Covid-19,” katanya pada sidang akhbar ketika meninjau Pasar Chowrasta di sini hari ini.

Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, vaksin Covid-19 dijangka tiba di negara ini pada Februari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI