fbpx

Tyson mahu terus cari kepuasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TYSON kembali ke gelanggang selepas 15 tahun bersara ketika menentang Jones Jr. pada November tahun lalu. – AFP

LONDON – Legenda tinju dunia, Mike Tyson bersetuju untuk turun kembali ke gelanggang sekali lagi pada musim 2021 selepas tampil hebat pada perlawanan pertunjukan ketika menentang Roy Jones Jr. pada November tahun lalu.

Juara heavyweight tersebut dilihat masih bertenaga me­lakukan tumbukan padu ketika menentang Jones Jr. sehingga pusingan kelapan di Los Angeles sekali gus menyatakan hasrat untuk bertarung sekali lagi.

Meskipun perlawanan itu berakhir dengan keputusan seri, namun ramai peminat tinju mengakui Tyson lebih layak menjuarai perlawanan tersebut selepas dilihat lebih mengawal pertarungan berbanding Jones Jr.

Pada perlawanan tersebut, lebih 1.6 juta penonton telah menyaksikan pertarungan le­genda berusia 54 tahun tersebut melalui saluran televisyen berbayar membolehkan penganjur mengutip jutaan dolar.

Ketika sesi Instagram Live bersama Patrick Mouratoglou, Tyson mendedahkan bahawa dia sedia beraksi dalam mana-mana perlawanan pertunjukan pada tahun ini.

“Sudah pasti. Saya berasa lebih baik kali ini. Apa yang saya boleh katakan saya sangat gembira kembali ke gelanggang se­mula. Saya berasa sangat baik dan saya rasa mampu melakukannya lagi,” katanya.

Kejayaannya kembali beraksi di gelanggang menyaksikan beberapa bekas petinju turut menyatakan kesediaan untuk mengikut jejak langkahnya.

“Sebaik saja saya mengumumkan akan beraksi pada perlawanan pertunjukan, setiap orang dan atlet mahu melakukan perkara sama,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI