fbpx

Tyrese Gibson umum perceraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTOR Tyrese Gibson dan isterinya Samantha Lee Gibson berpisah selepas empat tahun.

PELAKON Tyrese Gibson membuat pengakuan bahawa dia dan isterinya, Samantha Lee Gibson mengambil keputusan untuk bercerai selepas hampir empat tahun berkahwin.

Menurut laporan Just Jared, pelakon yang pernah membintangi filem Fast & Furious itu membuat pendedahan tentang perkara tersebut dalam Instagram miliknya pada Rabu lalu.

“Selepas berfikir panjang dan mempertimbangkan beberapa perkara, kami mengambil keputusan yang paling sukar iaitu untuk bercerai dan membawa hala tuju masing-masing.

“Walaupun telah berpisah nanti, kami tetap akan berkawan baik demi anak tunggal kami,” ujarnya.

Terdahulu, pasangan itu telah berkahwin pada 14 Februari 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Soraya yang kini berusia dua tahun.

Tyrese bagaimanapun mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Shayla yang kini sudah berusia 13 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI