fbpx

Sentuhan Fernandes terus menyengat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERNANDES (kanan) meledak gol kemenangan United menerusi sepakan penalti ketika mereka menewaskan Villa 2-1 awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Kejayaan menambah koleksi gol ketika membantu Manchester United me­nundukkan Aston Villa 2-1 awal pagi semalam menyaksikan bintang tengah, Bruno Fernandes kini berada di kedudukan kedua di belakang Andy Cole.

Sejak menyertai United pada Januari tahun lalu, Fernandes terlibat dalam menghasilkan 33 gol pasukan itu menerusi 19 ja­ringan dan 14 umpanan gol dalam 30 perlawanan.

Sementara itu, bagi jumlah perlawanan yang sama, Cole pula telah meledak 28 gol dan mencipta sembilan umpanan gol ketika mula-mula menyertai pasukan itu.

Biarpun sembilan gol yang dihasilkan adalah menerusi sepakan penalti, Fernandes menganggap semua jaringan adalah sama dan mengakui keyakinan cukup tinggi setiap kali diarah untuk menjalankan tugas itu.

“Setiap kali saya mengambil sepakan penalti, saya melakukannya dengan keyakinan. Jika ada perasaan ragu-ragu, saya akan meminta pemain lain me­lakukannya,” katanya.

Pada aksi tersebut, jaringan Fernandes menerusi sepakan penalti selepas Paul Pogba dijatuhkan berjaya memberikan United kemenangan selepas mereka terikat 1-1 menerusi
jaringan Anthony Martial dan Bertrand Traore.

Kemenangan itu menyaksikan United kini terikat 33 mata bersama pendahulu, Liverpool dan berada di kedudukan kedua menerusi perbezaan jaringan tetapi Fernandes mengakui belum bersedia untuk bercakap mengenai peluang meraih kejuaraan liga musim ini.

“Saya bersetuju bahawa kami perlu terus meningkatkan pres­tasi kerana ketika menentang Leicester kami bolos pada penghujung perlawanan.

“Kesilapan yang kami ulangi kali ini adalah gagal menyempurnakan peluang. Kami sepatutntya menamatkan perlawanan ini le­bih awal,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI