fbpx

Rampas kubis seludup RM23,690

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUBIS dari Indonesia tanpa permit import yang dirampas Maqis di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat, Khamis lalu.

KLANG – Cubaan sebuah syarikat tempatan menyeludup masuk kubis dari Indonesia gagal selepas dikesan pihak berkuasa di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, kubis seberat 2,500 kilogram (kg) ditemui dalam kontena hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

Pengarah Maqis Selangor, Dr. Tarmisa Alimin berkata, siasatan mendapati kubis tersebut tidak mempunyai permit import dikeluarkan pihaknya.

“Hasil siasatan mendapati kubis itu dari Indonesia dan dianggarkan bernilai RM23,690.

“Kita serius dalam memastikan sebarang tumbuhan, haiwan, ikan, keluaran pertanian dan mikro organisma yang diimport ke negara ini bebas ancaman perosak penyakit serta bahan cemar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan  hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI