fbpx

Polis tangkap serigala jadian tunggang kapcai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Seorang lelaki dicekup polis selepas didapati berpakaian seperti serigala jadian sambil menakutkan orang ramai di bandar Peshawar, Pakistan baru-baru ini, lapor akhbar The Sun UK.

Menurut jurucakap polis, lelaki itu ditahan selepas keluar bersiar-siar dengan menunggang motosikal di sekitar kejiranan Moti di bandar tersebut pada malam ambang Tahun Baru 2021.

“Lelaki itu didapati menunggang motosikal sambil membuat bunyi seakan-akan serigala untuk menakutkan orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.

“Polis telah memfailkan dakwaan terhadap lelaki berkenaan dan siasatan mengenai motif dia bertindak sedemikian sedang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, beberapa ke­ping gambar tular di media sosial menunjukkan lelaki bertopeng serigala itu digari sambil diapit dua anggota polis.

Sekeping foto lain menunjukkan suspek yang memakai topeng serigala duduk di atas motosikal di hadapan deretan kedai.

Dua anggota polis mengiringi seorang lelaki bertopeng serigala yang ditahan di bandar Peshawar, Pakistan baru-baru ini. – POLIS PESHAWAR

Koleksi gambar itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter dengan sebilangan mereka mempersoalkan tindakan polis menahan lelaki terbabit yang patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) memakai ‘pelitup muka’ ketika penularan wabak Covid-19.

Seorang pengguna berkata, tindakan lelaki itu disifatkan tepat bagi menghalang orang ramai daripada keluar rumah dan berkumpul beramai-ramai untuk menyambut tahun baru.

“Orang ramai berasa takut dengan lelaki itu. Mereka takut keluar rumah untuk sambut tahun baru ketika pandemik Covid-19.

“Ini membantu menjadikan semua orang selamat. Bukankah tindakan itu satu perkara yang cukup baik?” tulisnya.

Seorang lagi pengguna berkata, dia menyokong tindakan lelaki berkenaan yang membantu mengurangkan risiko daripada dijangkiti Covid-19.

“Topeng yang dipakai adalah lebih baik daripada PPE. Ia mampu menjauhkan orang ramai daripadanya dan menyelamat diri daripada terkena Covid-19,” ujarnya. – Agensi

GAMBAR lelaki dengan gaya serigala jadian duduk di atas sebuah motosikal tular di media sosial di Pakistan. – TWITTER
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI