fbpx

Mukim Peringat dan Mukim Kota dikenakan PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dua mukim Kota Bharu, Kelantan iaitu Mukim Peringat dan Kota akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok sehingga 17 Januari depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPB di dua mukim berkenaan adalah susulan daripada peningkatan kes positif Covid-19 di dua lokaliti berkenaan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di Daerah Kota Bharu iaitu di Mukim Peringat dan Mukim Kota.

“Kedua-dua lokaliti berkenaan dikesan menyumbangkan kes tertinggi di daerah Kota Bharu melibatkan dua kluster utama iaitu Kluster Halban dan Kluster Pintu Geng,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerajaan seterusnya bersetuju untuk melaksanakan PKPB di dua mukim tersebut bermula esok hingga 17 Januari depan.

“Pelaksanaan PKPB ini adalah bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar
dan untuk mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di kedua-dua mukim ini.

“Untuk prosedur operasi standard (SOP) PKPB sila rujuk SOP PKPB Majlis Keselamatan Negara,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI