fbpx

Beratnya tugas penghantar makanan – Waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Waris mengakui kerja sebagai penghantar makanan tugas yang berat.

PETALING JAYA – Selepas seharian membanting tulang sebagai penghantar makanan, penyanyi rap terkenal, Waris mengakui tugas tersebut sangat berat untuk dilaksanakan.

Menurut Waris atau nama sebenarnya Muzzammil Alias, 32, pengalaman sebagai penghantar makanan selama sehari di ibu negara cukup menbuatkan dia sedar tentang kepayahan kerja tersebut.

“Satu hari tukar karier sebagai penghantar makanan, banyak juga rintangan. Setakat kena ranjau dan hujan lebat itu biasa.

“Bagi aku, bukan senang hendak jadi seorang penghantar makanan sebab ini tugas berat dan aku juga tak mampu. Aku hanya mampu buat lagu sahaja. Tabik pada mereka yang lakukan kerja tersebut,” tulisnya dalam satu entri Instagram.

Pelantun lagu Gadis Jolobu itu juga berharap pihak lain tidak salah faham dengan tindakannya itu.

“Terima kasih semua kepada yang mendoakan dan yang marah kata aku ‘downgrade’ penghantar makanan lain tu janganlah sensitif sangat. Aku cuma nak jadi penghantar makanan saja,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga meminta Waris menghasilkan lagu mengenai kehidupan seorang penghantar makanan.

“Harap pengalaman sehari itu dijadikan sebuah lagu. Tanda penghargaan kepada mereka,” kata seorang warga maya.

Terdahulu, Waris memuat naik sekeping foto yang memaparkan dia sedang menghantar pesanan makanan bersama kapsyen: “Bismillah, cari rezeki halal atas jalan raya pula.

Terdahulu, Hazama juga pernah menjadi penghantar makanan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada April lalu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI