RENTETAN kontroversi penyalahgunaan dadah, seorang anggota BTOB, Jung Il-hoon, 27, yang ditangkap akibat ganja kini sah mengundur diri daripada kumpulan tersebut.
Menurut kenyataan agensinya, Cube Entertainment, Il-hoon bertanggungjawab kerana telah mengecewakan dan memusnahkan kepercayaan ramai peminat.
“Il-hoon mengundurkan diri daripada BTOB bermula dari 31 Disember.
“Menjadi tugas kami untuk memastikan Jung Il-hoon membantu siasatan polis,” tulis agensi tersebut.
Il-hoon yang menyertai BTOB sejak 2012 sering kali mempunyai masalah disiplin termasuk dadah.