fbpx

Jalan Lama Bentong-Raub ditutup akibat tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BENTONG – Jalan Lama Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan hari ini berikutan kejadian tanah runtuh. Kejadian runtuhan tanah yang berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi itu menyaksikan laluan dua lorong berkenaan musnah dan tidak boleh dilalui

Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Kerja Raya (JKR) runtuhan berkenaan melibatkan jalan sepanjang 50 meter.

“Langkah awal adalah dilakukan adalah laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan buat masa ini.

“Bagi penduduk Kampung Sang Lee boleh menggunakan laluan sebelah Raub yang boleh digunakan sebahagian akibat tanah runtuh baru-baru ini,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemantauan terus dilakukan dan punca masih dalam siasatan pihak terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI