fbpx

Dilarang makan dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail pada 25 Mac lalu menunjukkan sejumlah pesawat milik syarikat penerbangan Thai Airways didaratkan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok. – AFP

BANGKOK – Thailand mengharamkan makanan, minuman dan bahan bercetak selain kad maklumat keselamatan di dalam penerbangan domestik berkuat kuasa 31 Disember lalu.

Langkah itu antara usaha kerajaan bagi membendung penyebaran koronavirus di Thailand, menurut laporan stesen penyiaran CNN kelmarin.

Syarikat penerbangan perlu mengikuti peraturan itu atau dikenakan penalti oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT).

Thailand sebelum ini pernah melarang perkhidmatan makanan dan minuman dalam penerbangan pada 26 April lalu dan tamat pada 31 Ogos 2020.

Ketua Pengarah CAAT, Chula Sukmanop mengesahkan kepada CNN bahawa langkah itu telah dikuat kuasa.

“Waktu membersihkan pesawat penerbangan domestik untuk setiap kali ia mendarat adalah amat singkat.

“Syarikat penerbangan akan melakukan kerja-kerja pembersihan secara tergesa-gesa. Saya merasakan ada kemungkinan pesawat tidak dapat dibersihkan secara sepenuhnya.

“Oleh itu, bahan bacaan yang tidak penting cuma akan mening­katkan risiko jangkitan virus,” jelasnya.

Bagaimanapun, penumpang dibenarkan membawa majalah atau surat khabar sendiri dan perlu membawanya keluar semasa meninggalkan pesawat.

Larangan CAAT tertakluk kepada semua bahan diedarkan dalam pesawat seperti menu, katalog bebas cukai atau majalah dalam penerbangan.

Pengambilan makanan atau minuman dalam penerbangan domestik turut dilarang, walaupun dibawa oleh penumpang. Setiap penumpang perlu memakai pelitup muka pada setiap masa.

CAAT dalam satu kenyataan menyatakan kru kabin dibenarkan memberi air kosong jika penumpang memintanya dalam situasi tertentu seperti ketika ingin menelan ubat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI