fbpx

Bom mortar tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebutir bom jenis mortar yang ditemukan di sebuah longkang di Kampung Chedang, Rasah, Seremban, semalam.

SEREMBAN – Sebutir bom mortar lama dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua ditemukan berhampiran sebuah rumah di Kampung Chedang, Rasah dekat sini, semalam.

Bom itu ditemukan oleh pihak kontraktor yang membaiki longkang di kawasan rumah berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Rasah, Yusof Othman berkata, pihaknya dimaklumkan oleh kontraktor tersebut dan dia terus menghubungi pihak polis.

“Pihak kontraktor menghubungi saya pada pukul 4 petang, mereka ada menemui sebuah bom jenis mortar ditempat menggali longkang bagi membaiki sistem perparitan.

“Semasa pihak kontraktor mengorek tanah menggunakan jentolak dan mereka perasan ada sebiji bom yang dipercayai bom zaman Jepun dahulu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Yusof, dia percaya, bom tersebut dijumpai kerana lokasi Kampung Chedang itu terdapat sebuah landasan kereta api lama.

“Mengikut cerita penduduk yang tinggal di kampung ini, landasan kereta api lama di sini merupakan laluan pengangkutan utama Seremban dan Port Dickson pada zaman pemerintahan Jepun.

“Berkemungkinan lokasi tersebut masih lagi ada beberapa bom yang masih aktif,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan penemuan bom mortar tersebut.

“Ia merupakan bom jenis mortar 81 mm. Bom lama Perang Dunia Kedua. Semalam bom itu telah dimusnahkan oleh Unit Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di kuari Jalan Labu pada puku 7.30 malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI