fbpx

Asaari berseluar panjang hitam, tidak berbaju ketika terjun laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHD. Nur Syam Asmawie (dua dari kiri) menunjukkan peta lokasi bot karam dan radius pencarian mangsa yang masih hilang di perairan Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

PASIR PUTEH – Seorang lagi nelayan, Asaari Leh, 45, yang masih belum ditemui dalam kejadian bot karam dekat Pulau Perhentian dekat Besut, Terengganu Khamis lalu dipercayai hanya memakai seluar hitam dan tidak berbaju ketika terjun ke laut.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Maritim Muhd. Nur Syam Asmawie Yaacob, maklumat itu diperoleh daripada tekong bot, Tuan Azhar Tengku Long, 47, yang selamat bersama tiga awak-awak dalam kejadian itu.

Katanya, Asaari berpengalaman dalam selok-belok pekerjaan nelayan sejak berusia 13 tahun turut dipercayai terjun dari bot berkenaan dengan memakai jaket keselamatan.

“Mengikut maklumat tekong bot, mangsa mahir berenang ,namun pencariannya di lokasi pulau kecil dan daratan masih belum ditemui,”

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa bot karam di perairan Pulau Perhentian diperluaskan sehingga lebih 3,344 batu nautika persegi bermula hari ini,” katanya pada akhbar di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kelantan di sini hari ini.

Menurut Muhd. Nur Syam Asmawie, Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Malaysia (MRSC) yang berpangkalan di Kuantan menyelaras SAR untuk mencari dengan mengerakan aset laut dan udara pelbagai agensi.

Katanya, pencarian semakin sukar berikutan keadaan laut bergelora dengan angin kencang yang membataskan pergerakan pasukan penyelamat.

Menurutnya, pencarian turut dijalankan di sekitar Tanjung Basi di sini berdasarkan maklumat tekong bot terbabit yang memaklumkan mangsa berenang ke arah lokasi berkenaan.

“Kita sedang berusaha mencari mangsa dalam apa jua keadaan. Saya berharap nelayan tidak menjalankan aktiviti menangkap ikan dalam tempoh terdekat berikutan keadaan angin kencang dan ombak besar yang boleh membahayakan mereka.

“Jadikan insiden yang berlaku sebagai iktibar dan sama-sama kita doakan agar mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI