fbpx

Arab Saudi buka semula pintu sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar bertarikh 30 November 2020 ini menunjukkan jemaah Umrah yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah, Arab Saudi. - AFP

RIYADH – Kerajaan Arab Saudi semalam mengumumkan menyambung semula penerbangan antarabangsa dan membuka kesemua pintu sempadannya selepas ia ditutup sementara bulan lalu, lapor laman berita Saudi Gazette.

Menurut sumber Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, langkah tersebut berkuat kuasa pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Sumber berkenaan berkata, pembukaan semula semua pintu sempadan darat dan laut serta penerbangan antarabangsa itu tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

“Semua warga asing yang tiba dari Britain dan Afrika Selatan serta negara lain yang dilaporkan berlaku penularan varian baharu virus Covid-19 perlu menetap selama 14 hari di negara lain sebelum masuk ke Arab Saudi.

“Rakyat tempatan yang pulang dari negara dilaporkan berlaku kes varian baharu itu dan dibenarkan masuk bagi tujuan kemanusiaan dan kes kecemasan perlu menjalani kuarantin di bawah pengawasan selama 14 hari di rumah masing-masing,” kata sumber itu.

Selain itu, mereka turut diwajibkan untuk menjalani ujian calitan dalam tempoh tidak lebih 48 jam selepas tiba dari luar negara dan pada hari ke-13 kuarantin.

Sementara itu, sumber tersebut berkata, penduduk yang baru pulang daripada melancong ke negara terjejas pula dikehendaki menjalani kuarantin di bawah pengawasan selama 7 hari di rumah dan membuat ujian calitan pada hari keenam.

“Pengembara yang pulang dari negara yang dilaporkan tidak berlaku kes jangkitan varian baharu itu perlu membuat pengasingan secara kendiri di rumah selama 7 hari.

“Mereka juga boleh menjalani kuarantin selama tiga hari sahaja, tapi perlu menjalani ujian calitan,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan Arab Saudi membuat keputusan untuk menutup semua pintu sempadannya dan menggantung penerbangan antarabagsa pada 20 Disember lalu selepas penularan varian baharu virus Covid-19 dilaporkan berlaku di beberapa negara Eropah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI