fbpx

Anak buaya 1.3 meter ditemui atas jalan raya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi menangkap anak buaya sepanjang 1.3 meter tersebut dijalankan dengan menggunakan penjerut dan tali rafia.

BINTULU – Seekor anak buaya sepanjang 1.3 meter telah ditangkap setelah ditemui berada di atas jalan raya di alamat Sakura Ferroalloys Sdn Bhd, Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Taman Perindustrian Samalaju di sini hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, panggilan kecemasan telah diterima sekitar pukul 8.01 malam.

Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, mereka mengesahkan terdapat seekor anak buaya berukuran 1.3 meter berada di atas jalan raya di dalam kawasan kilang seperti yang dilaporkan oleh pengadu.

“Setelah ‘size-up’ dilakukan, pasukan bomba bertindak menangkap buaya tersebut menggunakan penjerut dan mengikatnya dengan menggunakan tali rafia.

“Buaya tersebut kemudiannya dilepaskan ke habitat asalnya yang jauh daripada kawasan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tersebut telah dilaksanakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dengan kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) bersama lima anggota bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Alan Ayuh.

Setelah memastikan keadaan betul-betul selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI