fbpx

190 penduduk Hulu Bernam dipindahkan akibat banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kampung terjejas akibat banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Seramai 190 penduduk melibatkan empat buah kampung di Hulu Bernam, Hulu Selangor dipindahkan selepas kediaman digenangi air melebihi satu meter (m) hari ini.

Ini melibatkan Kampung Sekolah, Kampung Masjid, Kampung Paya Lebar dan Kampung Sungai Nilam.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, situasi itu disebabkan limpahan air dari Sungai Bernam kesan daripada hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

“Rata-rata rumah dinaiki air sedalam 0.6m sehingga 1.2m dan menyebabkan 190 penduduk dari 39 buah rumah terpaksa dipindahkan atas tujuan keselamatan.

“Mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Selisek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, pemantauan banjir giat dilakukan anggota bomba terlibat diketuai Ketua Bomba Zon Hulu Selangor, Samsol Maarif Saibani. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI