fbpx

Wanita korban pertama banjir di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat wanita yang lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Jalan Setia, Kampung Contoh, Kluang hari ini. Foto IHSAN BOMBA

KLUANG – Seorang wanita menjadi korban pertama kejadian banjir di negeri ini selepas ditemui mati akibat terjatuh ke dalam longkang dalam kejadian di Jalan Setia, Kampung Contoh, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Halijah Majid, 59, lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga kaki ketika banjir melanda kawasan kampung berkenaan.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air sebelum dia tergelincir dan jatuh ke dalam longkang berkenaan.

Menurut Komander Operasi PBK II Shamsul Amri Mohd. Shahab, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.39 tengah hari.

“Satu jentera LFRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai sembilan anggota dihantar ke tempat kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa lemas yang dijumpai dan di bawa naik ke kawasan yang selamat oleh orang awam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Shamsul Amir berkata, pihaknya cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan pada pukul 2.55 petang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI