fbpx

Pulau Pinang catat kes harian Covid-19 tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Penduduk negeri ini diminta kekal bertenang dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah jangkitan Covid-19 meskipun sebanyak 226 kes baharu pandemik itu dicatatkan di negeri ini semalam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, peningkatan kes baharu itu yang merupakan tertinggi pernah direkodkan di negeri ini adalah sudah dijangka.

Ini kerana, kata beliau, Jabatan Kesihatan negeri telah meningkatkan ujian saringan dalam kalangan pekerja asing dan kontak rapat.

“Peningkatan kes itu juga disebabkan komitmen majikan dalam melaksanakan Program Saringan Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mewajibkan semua pekerja warga asing menjalani ujian saringan di klinik-klinik berdaftar dengan dengan pertubuhan itu dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Justeru, rakyat Pulau Pinang diminta untuk terus kekal bertenang dan jangan alpa untuk terus mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim 12 dan Mukim 13,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehingga semalam sebanyak sembilan kluster aktif dilaporkan di negeri ini dengan keseluruhan kes ketika ini sebanyak 3,714.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, sejak 9 Disember lalu, Jabatan Kesihatan negeri telah melakukan saringan dalam kalangan warga asing di tapak-tapak pembinaan dan kilang-kilang di seluruh negeri ini.

“Laporan Jabatan Kesihatan negeri turut menunjukkan daripada 226 kes baharu semalam, sebanyak 185 adalah daripada kluster-kluster, termasuk 110 kes membabitkan kluster terbaharu iaitu Kluster Rawa Akasia.

“Untuk rekod, sejumlah 135,490 pekerja warga asing yang berdaftar dengan Perkeso dan akan menjalani ujian saringan secara berperingkat,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI