fbpx

Peserta terjunan base maut terjatuh dari bangunan di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang peserta terjunan base (base jump) maut selepas terjatuh ketika menjalani latihan payung terjun dari bangunan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), petang semalam.

Dalam kejadian 5.35 petang itu, mangsa dikenali sebagai Azuan Taharudin, 49, dikatakan hilang kawalan terhadap payung terjun yang digunakan sebelum jatuh di sisi bangunan itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, mangsa bersama tujuh lagi penerjun Pasukan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang melakukan latihan terjunan tapak sempena Hari Wilayah 2021.

Beliau berkata, mangsa kemudian ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan selepas mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia 6.10 petang.

“Saya difahamkan, latihan terjunan base itu dikelolakan pegawai PPj dan ia membabitkan pasukan penerjun dari pelbagai agensi termasuk agensi itu,” katanya.

Katanya, pihak penganjur tidak membuat sebarang pemakluman kepada pihak berkuasa termasuk polis ketika latihan diadakan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI