fbpx

Morbidelli mahu kecewakan ‘sifu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI tidak bersedia untuk memberikan laluan mudah kepada Rossi yang merupakan gurunya pada saingan musim depan. – AFP

LONDON – Pelumba Yamaha Petronas SRT, Franco Morbidelli mengakui terpaksa melupakan istilah rakan ataupun guru dan bersiap sedia untuk menewaskan Valentino Rossi pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim baharu nanti.

Rossi mengakhiri kariernya dengan Yamaha Monster Energy sebaik sahaja saingan MotoGP 2020 berakhir.

Meskipun Morbidelli teruja gurunya iaitu Rossi kini menjadi rakan sepasukannya, namun pelumba Itali itu tidak berdepan masalah untuk bersaing dalam perebutan gelaran dunia.

Morbidelli merupakan salah seorang pelumba yang lahir dari Akademi VR46 milik Rossi yang kini beraksi dalam kancah perlumbaan utama MotoGP.

Tahun 2020, Morbidelli me­lakukan kejutan apabila meraih tiga kemenangan dan muncul selaku naib juara apabila mengumpul 158 mata dan hanya dipisahkan 13 mata dengan juara dunia, Joan Mir.

“Kehadiran Rossi bersama pasukan Petronas sangat dinantikan dan saya teruja dapat beraksi bersamanya. Rossi mempunyai pengalaman dalam arena perlumbaan ini dan sudah pasti saya ingin mempelajarinya.

“Tetapi, ketika perlumbaan ia akan menjadi berbeza kerana saya akan cuba mengalahkannya.

“Saya ingin berada di depannya. Misi saya untuk meraih sebanyak boleh podium dan mengekalkan aksi konsisten setiap pusingan perlumbaan,” kata Morbidelli. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI